Monday, February 21, 2011

Kisah Aku

Monday, February 21, 2011
3 comments
Hari ni aku ade kelas 12-2pm..so aku sgguh hepi..tp aku kne berada di courtyard dari jam 9-5pm..
Alangkah indahnye bila berada di courtyard kerna dpt melihat gelagat para pelajar uitm kedah..bg lelaki mcm sy,perempuan yg cantik semestinya idaman setiap para lelaki..
Hari ni ak dpt lihat byk perempuan yg leh wt aku cair,,hahahaha

Di courtyard de program seminggu bersama MTK..kami menjalankan perniagaan seperti sosej, nugget, nasi lemak, air milo, berkarbonat, ice lemon tea. kami juga menjual buttons dan baju t-shirt dan sweater..
hari ak dpt menarik pelanggan wanita utk membeli sweater dan t-shirt..yg menariknya, aku sgt teruja bila barang yg kami jual dibeli..wanita tersebut membeli sweater muslimah dan ade juga yg membeli t-shirt...
Nk habaq ckit, sweater muslimah ni mmg sesuai utk para wanita yg ingin control keayuannya sbg wanita melayu terakhir d Malaysia...ini kerna sweater tersebut labuh dan menutup bahagian pinggul...

tapi aku menjalankan perniagaan sampai jam 3.30pm sje...yelar,aku betoi2 x larat dan amat keletihan..kepada MTK yg lain, aku toi2 mntak maap sbb ak balik 3.30pm bkn jam 5pm...
setiba aku di RPTU, aku teros bukak baju dan tidow berseluar jeans...aku toi2 penat..
Lena lar ak smpy jam 5.40pm....

inilah kisah ak pada hari ni yg ak nk ceritakan pada smua..
jgn lupa utk mengimarahkan lagi di booth kami yg berada di courtyard...
kami mengalu-alukan kedatangan anda semua...
terima kasih...

read more

Thursday, February 17, 2011

Ape Nak Jadi

Thursday, February 17, 2011
0 comments

 Remaja perkosa budak 5 tahun 

Sumber: Metro 18/02/11
KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.
Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.

Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.

“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.

“Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

p/s: ape lar nk jadi zaman skrg ni..budak 5 tahun pn d jadikan hamba sex..bawah umur pulak tu yg lakukan..pe perasaan wanita di Malaysia klu stiap hari ade kes rogol..nk kluar rumah pn takot klu terjadi sedemikian rupa..to all girls in Malaysia, jagelah tingkah laku, bagi yg Islam tutuplah aurat anda, insyaAllah ini dpt mengurangkan nafsu sarakah lelaki terhadap anda smua..amin

read more

Wednesday, February 16, 2011

Tak Bermoral

Wednesday, February 16, 2011
1 comments
Ape lar nk jd skang ni?? Ape Komen anda smua tentang gejala seperti ini?
Sape2 yg ade cadangan ley comment bagaimana nk mengelak drpd gejala ini berlaku lagi...comment anda amat dihargai 

RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil.
RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil.
KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.
Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.


Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.


Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.


Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan.



Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.



Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk.


“Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.



“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.


Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.



Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Sumber: myMetro 17/02/11

read more

Monday, February 14, 2011

Ape Nak Jadi

Monday, February 14, 2011
1 comments
Berkhalwat Bawa Anak Kecil
Sumber : myMetro 15/02/11
TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam.
TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam. 

SEPANG: Taktik seorang duda menggunakan anaknya berusia setahun lapan bulan bagi mengaburi pihak berkuasa ketika asyik memadu kasih dengan pasangan berusia 21 tahun tidak menjadi apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Dengkil, semalam.
Mereka ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam operasi antizina di beberapa hotel murah di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 2 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan mahrim terutama dari luar kawasan itu menjadikan hotel murah di kawasan itu bagi ‘meraikan’ hubungan sulit sempena Hari Kekasih.
Malah, ketika ditahan, duda berusia 27 tahun dari Dengkil itu hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, manakala pasangannya sudah berpakaian lengkap.
Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu diketuai pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Mohd Azran Musa bersama 25 anggota membabitkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Polis Diraja Malaysia dan penguat kuasa agama.

Pegawai Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Sepang, Alfian Ahmad, berkata duda terbabit dipercayai membawa anaknya bagi melindungi kegiatan tidak bermoral bersama pasangannya.
Menurutnya, pada zahirnya, orang ramai akan menyangka pasangan itu suami dan isteri apabila ada anak kecil bersama di dalam bilik hotel berkenaan.

“Tetapi, hasil risikan kami membongkar rahsia pasangan itu tiada sebarang hubungan suami isteri dan anak kecil itu anak lelaki terbabit.

“Kami percaya lelaki terbabit menggunakan taktik membawa anak kecil itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, cara mereka memperalatkan kanak-kanak itu bagi menjayakan perbuatan maksiat mereka tidak berhasil apabila serbuan dilakukan penguat kuasa agama,” katanya ketika di temui dalam operasi itu, semalam.

Alfian berkata, siasatan turut mendapati lelaki terbabit sudah bercerai selain mempunyai seorang lagi anak dan memberikan alasan akan berkahwin dengan pasangan pada Jun depan.

read more

Local Education System Ranked 8th in The World

0 comments
Sources : NST 15/02/11
Preschoolers at a Kemas (Social Development Department) centre in Malacca. One thousand preschools are expected to begin operations

this year.
Preschoolers at a Kemas (Social Development Department) centre in Malacca. One thousand preschools are expected to begin operations this year.
 
KUALA LUMPUR: The Malaysian education system has been ranked number eight in the world by newsmagazine Newsweek, Education director-general Datuk Abdul Ghafar said in a statement.
He said the achievement was in part due to the initiatives under the NKRA (national key result areas) under the Government Transformation Programme for education.

"The objective is to improve the students' performance holistically, intellectually, emotionally, spiritually and physically.

"The improvement at all levels is very important for developing our human capital to transform Malaysia into a high income nation by 2020."
He added the NKRA for education also aspired to ensure that both quality and affordable education was enjoyed by all Malaysians as well as to improve educational standards.

To date, last year's target of 72 per cent enrolment of preschoolers had been achieved with 1,500 pre schoolers.

He said 315 preschools started operations in January while nine additional pre-school classes started in mid-June last year in the longhouses of Sarawak and community centres in Sabah.

For this year, 715 preschools under the Education Ministry, 1,000 Kemas (Social Development Department) preschools, 50 under the National Integration and Unity Department and 1,000 private sector ones were expected to begin operations.

Deputy Education Director-General Dr Zahri Aziz pointed out that 701,144 children aged four and five were already enrolled in preschools nationwide this year.

On last year's target of 90 per cent literacy and numeracy, he said the overall percentage of literacy among Year One was 85 per cent compared with 64 per cent previously.

This indicated the target set for next year would be achievable, he said.

On the 2010 target of 20 high performance schools, three students from Tunku Kurshiah College came out second in the Special Award category at the Intel ISEF competition held in San Jose, United States for their Natural Oil Boom project.

While another SMK Aminuddin Baki student won various medals for swimming at the 2nd Asean School Games, SEA Age Group, Malaysia Open, 51st Japan Open Swimming Championship, Commonwealth Games and Asia Games.

The SK Bandar 2 won two gold, a silver and two bronze medals at the Mathematics Olympiad.

As announced by the government, the low performing schools (Band 6 and 7) were offered assistance under the School Improvement Programme to help them improve their performance.

The positive outcome of such efforts was reflected in the improved 2010 UPSR results compared with 2009 in these schools.

Zahri added that of the 209 primary schools in Band 6 and 7, 140 (69.4 per cent) showed improvement in the Grade Point Average with some schools achieving up to 40 per cent improvement.

read more

Rahsia Lelaki

0 comments
 3 rahsia lelaki yg mgkin benar..sudah bace beri respons  k?

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni. Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat. 
Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.
Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

read more

Rahsia Wanita

0 comments

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana?  Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

read more