Monday, February 14, 2011

Rahsia Awet Muda

Monday, February 14, 2011

Ramai yang mengeluh kulit wajah nampak lebih matang berbanding usia.. Jadi, untuk mengatasinnya, ada 7 rahsia agar kamu nampak lebih muda.

1. Berasa bahagia
Berasa bahagia merupakan salah satu cara untuk kelihatan awet muda. Dalam setiap kegiatan, hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kamu terasa stress, rasa bersalah dan tertekan kerana paksaan orang lain. Ingat, apa yang kamu rasakan akan tercermin pada wajah. Jadi orang yang bahagia, wajahnya akan nampak berseri-seri dan muda daripada usia sebenarnya.

2. Banyak bergerak.
Olah raga adalah salah satu cara untuk awet muda. Lakukanlah joging, berjalan cepat, ataupun berenang. Dengan cara ini risiko diserang sakit jantung, osteoporosis, dan kanser akan berkurangan. Bahkan olahraga ini juga mampu mengurangkan stress, menguatkan tulang dan menambahkan kekuatan otot.

3. Vitamin C
Vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan segar, terutama sekali limau, sayuran hijau dan suplemen vitamin C. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, dan mengurangkan risiko diserang kanser. Di samping itu juga banyakkan minum air putih kerana ia akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit serta melancarkan fungsi organ tubuh.

4. Gunakan pelindung UV
Matahari merupakan salah satu faktor utama penyebab terjadinya proses penuaan. Oleh sebab itu selalunya menyapu losen pelembap pada kulit agar kulit tidak terbakar oleh sinar matahari, terutama sekala sinar UV.

5. Rehat yang cukup
Setiap indivdu perlukan sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk tidur. Rehat yang cukup amat bermanfaat untuk menghindari terbentuknya kesan lebam bawah mata, kulit kering dan wajah nampak kusam.

6. Perhatikan penampilan
Penampilan dan riasan wajah juga memainkan peranan yang penting. Meskipun usia semakin bertambah, namun jangan biarkan wajah kosong tanpa mekap. Gunakan mekap yang nipis untuk kesan yang semula jadi.

7. Percaya diri
Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika kamu rajin berusaha, kamu akan mendapat hidup yang lebih bahgia dan sihat.

0 comments:

Post a Comment